Saturday, 7 May 2011

gulai ikan merah


Bahan bahannya

1 ekor ikan jenahak/merah/bijik nangka dsb – potong kecil

3 sudu rempah kari ikan
9 ulas bawang merah – hiris
5 ulas bawang putih – hiris
1 sudu halba campur
1 sudu serbuk cili
1 kotak santan
1/2 cawan minyak atau lebih
3 tangkai daun kari – lurutkan
segumpal asam jawa – rendam dalam air
2sdk garam
1sdk perasa ikan bilis

Bahan tumbuk:-

5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 sdk jintan manis biji
1 sdk jintan putih biji
2 sdk lada hitam biji

Bahan sampingan:-

2 biji terung bulat ungu/putih – potong silang
6 batang bendi
2 biji tomato – potong 4
1 biji bawang besar – potong baji
3 biji cili hijau – belah tgh tapi jgn putus

Cara:-

1. Dalam periuk masukkan minyak dan biar panas.
2. Masukkan halba campur,goreng sekejap dan masukkan daun kari.Biar halba dan daun kari ‘masak’ sedikit baru dimasukkan bawang merah dan bawang putih.Biarkan sekejap di atas api.
3. Di dalam mangkuk..masukkan rempah kari bersama air panas.Kacau sehingga rempah tidak berbintil-bintil.Kemudian masukkan cili serbuk ke dalam mangkuk tadi.Masukkan bahan tumbuk juga.kacau2 dan ketepikan.

4. Pastikan bawang ditumis sehingga garing [color dia mmg kuning nak garing betul]
5. Tuang bahan2 dalam mangkuk tadi ke dalam periuk.Kacau sekejap dan tudung dgn periuk.
6. Dalam pada itu boleh siapkan terung.Potong 4 terung.
7. Kacau rempah sehingga benar2 masak dan pecah minyak. 5 minit kacau lagik sampai benar2 masak
8. Masukkan terung dgn sedikit air.Bila terung dah empuk masukkan air asam dan santan.Ya ng nie kalau rasa pekat sgt kuah tu,boleh masukkan air.tapi jgn byk..
9. Bila dah menggelegak,baru masukkan ikan,kacang bendi,bawang yg dipotong silang.Perasakan dgn garam dan perasa ikan bilis.
10. Bila ikan dah masak,tutup api dan masukkan buah tomato yang dipotong 4 dan cili hijau.

No comments:

Post a Comment